Vive o 2004!
Hari ini bulan Jun 2004 bermula.
Bulan ini amat ditunggu oleh semua peminat bolasepak seluruh dunia. Apa tidaknya, kejohanan Kejuaraan Eropah UEFA 2004 atau EURO 2004 di Portugal bakal bermula 12 Jun.
Aku yang cukup gila dengan bola ni (walaupun main takde la pandai sangat) sudah pasti tak lepas peluang untuk menonton semua perlawanan yang disiarkan.
Semasa World Cup 2002 di Korea dan Jepun dulu banyak juga game waktu petang yang aku miss, macam game suku akhir antara England vs. Brazil yang menyaksikan fluke Ronaldinho menyingkirkan England.
Berbalik kepada EURO 2004, antara team to watch sudah pasti yang favourite aku iaitu Perancis, England dan tuan rumah Portugal. Apatah lagi, England akan bertemu Perancis di peringkat kumpulan.
Hmmm... ingatkan masa EPL break ni, hilang la gila bola aku, rupanya tidak!
Labels: Bola