Abang budak cerdik
Selalunya sebelum tidur umminya akan ajar si abang hafal doa. Macam2 doa seperti doa sebelum dan selepas makan, doa tidur, doa rabbana atina, dan doa2 lain, serta surah2 yang mudah seperti al-Fatihah dan empat Qul.
Alhamdulillah abang budak yang cerdik dan cepat tangkap apa yang diajar. Kadang2 malam kita ajar, esok bangun pagi dia masih ingat lagi. Dan setiap kali nak tidur, abang akan baca sendiri semua doa-doa tu tanpa disuruh.
Dulu masa aku ada dengan anak2, tiap malam kalau aku yg tidurkan anak2, abang akan suruh aku nyanyi lagu nasyid "di pondok kecil di pantai ombak...". Dan setiap kali aku nyanyi abang akan kata "Ayah selalu nyanyi silap. Awat ayah tak nyanyi macam ummi nyanyi?"
Loh, rupa2nya masa ummi tidurkan dia pun dia suruh umminya nyanyi lagu tu jgk. Tajam betul minda anak2 ni ya, sampai dia tahu kita silap ka betul...
Pasal doa makan, abang memang jadi tukang baca doa kalau kitorang makan kat rumah. Ada sekali tu aku, ummi dan abang serta sepupu dia pegi lunch kat satu kedai makan. Aku pegi amik nasik dan lauk dulu, aku dah lapar sangat time tu kan, duduk aje terus suap nasi. Abang pulak umminya yang tarukkan nasik, datang ke meja, duduk aje terus angkat tangan baca doa makan.
Sekali dibantainya baca kuat sampai satu kedai dengar dan diorang tengok la meja kitorang. Merah padam muka aku pasal masa abang baca doa tu aku tengah baik punya suap nasi. Anak bertuah...
Malam tadi, ummi cerita kat aku yang dia ajar si abang nama anak2 Nabi, ayah dan ibu Nabi serta nama wan (Datuk, ada yang panggil atuk atau tuk) Nabi. Abang pun hafallah...
Anak2 nabi ada tujuh orang, tiga lelaki empat perempuan. Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummi Kalsum, Siti Ruqayah. Ayah nabi namanya Abdullah, ibunya pula nama Aminah. Wan nabi namanya Abdul Muttalib.
"Ummi, tok nabi nama apa?" tanya si abang, innocent. Ingin tahu. (tuk bagi orang kedah adalah panggilan untuk nenek). "Err, ummi lupa laa, ummi tak baca abih lagi. Nanti ummi cari nama tuk nabi ya." (jawapan kantoi dari ummi).
Aku gelak kuat dengar cerita ummi. Bertuah betul abang. Betul jugak ya, kita tentu tak pernah pun nak tanya nama nenek nabi bila baca sejarah2 Nabi Muhammad dulu kan? Nama apa ya?
Nota: Terima kasih pada Ateh lema dan Cu adik yg dah tolong beri jawapan untuk pertanyaan abang tu. Nama nenek Nabi Muhammad atau isteri pada Abdul Muttalib adalah Fatima binti 'Umri bin A'izz.
Labels: Anak2