August 29, 2006

Yang di sana dan di sini...

Yg di sini tu macam control tak nak nangis, nak tunjuk tabah, nak tunjuk mampu hadapi semua ni, dan seolah2 nak buktikan bahawa yg sebelah sana yang salah. Yg sana tinggalkan yg sini tanpa sebab2 kukuh. Yg sana sengaja nak lepaskan yg sini sebab yg sana dah fofular, siapalah yg sini, hanya anak dara Felda shj. Yg sini nak dedahkan pada semua orang bahawa yg sini dibuang secara tidak adil, secara kejam, secara membuta tuli, secara paksa, secara tiada peluang diberi untuk jelaskan keadaan. Yg sana sengaja taknak hubungi yg sini, alasan sibuk sangat. Nah, yg sini dah tulis buku pasal catatan duka itu, bacalah...

[Dalam hati: Ohh, duniaku dah gelap gelita tak bercahaya bila kau tiada. Aku merayu-rayu sambil menyanyi Penawar Rindu, memohon dan meminta kau pulanglah padaku, merayu agar kasih kita bertaut kembali, aku merana kau tiada di sisi... ]


Yang sana tu, macam nak rileks tak rileks. Macam nak tunjuk semuanya dah ok, dah settle, dah takde apa2, dah lupa semua kisah tu. Tapi nampak jugak yg sana macam tak serius, kadang2 macam nak gelabah pun ada, malah sepanjang masa ditanya soalan oleh si abang pengacara yg dah cuba berbagai cara dan kaedah nak timbulkan suasana sedih, yg sana macam buat derkk aje, macam tak menjawab kepada soalan di tanya, macam main2 pun ada, macam tak serius pun ada... Konon2nya control macho la yg sana tu, padahal....

[Dalam hati: Aku boring betul la diorang ni, asyik2 kisah ni, takde lain ke diorang nak tanya aku. Keputusan muktamad. Surat menyurat tidak akan dilayan. Yang berlalu tak berulang. Lihatlah, hal peribadi adalah rahsia. Full stop. Udah, udahhh!!!]


********
Kata aku: Aku dah cakap, putus. Putus la! Lagi mau tanya kaaa? Putus sebab dia yang taknak dengar cakap aku, desak2 aku, tanya aku itu ini, nak cakap dgn aku sampai semua aku buat tiap2 jam nak tahu, nak tahu aku kat mana, buat apa, dengan sapa... apehal??? Aku bukan laki dia lagi. Dengan family aku pun aku tak call tiap jam, apahal pulak dia, sabor je lah! Sampai masa kalau ada jodoh, lebih dari siti lagi kita boleh buat, tak perlu nak desak2 tentu tarikh bila nak kawin... satu lagi, yg expose sangat dengan media tu pehal? Nak glamor? suka ke muka masuk paper hari2? seronok selalu dikejar pemberita? Itu yg paling aku pantang! Sejak aku kat akademi lagi, kau dah suka pemberita datang cari kau. Kau suka cerita lebih2 pasal hal tunang dll. Ini yg paling aku tak suka, glamor pasal hal peribadi ni no way!!! pasal kerja, pasal nyanyi takpe. Aku tak suka kau expose sangat, so duduk diam-diam kat kampung!

Err, nota kaki: tiada kaitan hidup atau mati. Kata aku di atas hanyalah khayalan semata2.

Labels:

August 17, 2006

Pertembungan bangsa vs. agama

Kes Sh. Amani yg mengatakan "I may sound stupid if I speak in Malay" mengejutkan ramai pihak. Ramai yang marah2 pada dia, ramai jugak yang mempertahankan.

Pada aku, tak payahlah nak ungkit2 sangat pasal dia cakap nampak bodoh kalau dia cakap Melayu. Itulah gambaran sebenar anak muda Malaysia sekarang.

Aku lebih terkesan dengan ayat kedua "Kalau filem ini mencemar budaya, let's do it more often!"

Gubra bukan sahaja mencemar budaya, malah mencemar agama. Nilai hidup orang Islam seperti yg digambarkan dalam filem ini terlalu liberal dan terbuka dan amat memalukan Islam. Islam telah direndah2kan dan dipermainkan dengan sebegitu hina dalam Gubra.

Apa yang kita buat?

Ya! kita angkat filem ini sebagai filem terbaik! Apa kejadahnya nak marah budak tu pasal bahasa, kalau pasal agama kita tutup sebelah mata sahaja, malah bersekongkol dan mengagungkan mereka2 yang menghina agama?

Maknanya kita sama saja dengan mereka2 yang nak wujudkan IFC dan Lina Joy yang mendapat sokongan penuh dari Amerika untuk keluar Islam tu.

Labels: ,

August 15, 2006

Musim baru muka baru

Menang lagi kali ketiga?

Aku tak berani cakap la, wpun semua pemain yang Jose ada hebat2 belaka, tapi hebat tak semestinya tak boleh kalah, kan? Baru ni team biru-biru Jose dah kalah dengan team merah-merah.

Apa-apa pun aku nak tengok dua pemain kelas dunia yg di bawa masuk oleh Jose ke liga. Boleh ke diorang tahan dengan Liga Inggeris yang terkenal memerlukan kepantasan dan stamina yg tinggi untuk terus bermain baik. Diorang pun dah di awal 30an, dah season katakan. Well, kita tengok dulu.

Team Setan Merah kesayangan aku tak tahu la macamana musim ni. Bahagian tengah masih belum ada muka baru yg dapat mengembalikan kegemilangan Roy, Micheal yg baru dibeli injured pulak. Anyway, kita tunggu sama ada Marcos atau Owen dapat berpindah menjadi salah seorang Setan Merah. Kalau dapat mungkin ada kelebihan.

Labels:

August 11, 2006

Inside job

Aku tahu ini semua adalah perancangan mereka untuk mengalih perhatian dunia terhadap kekejaman Israel di Palestin dan Lubnan yang sekarang ni semakin galak menghirup darah anak2 kecil dan wanita tak berdosa di sana.

Kalau serangan 9/11 pun sudah didedahkan teori konspirasi bahawa ia telah dirancang terlebih awal oleh mereka sendiri, apatah lagi kejadian yg plot cubaan seperti ini. Taktik lapuk mereka dan sekutu2nya...

Allahuakbar!
Hancur hancur!, hancur Amerika!
Hancur hancur!, hancur Israel!

Hidup hidup!, hidup Islam!
Hidup hidup!, hidup Hamas!
Hidup hidup!, hidup Hizbullah!

Ya Khaibar Ya Yahud!, jaisyu Muhammad saufa ya'ud!
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Labels:

August 7, 2006

Tension!!!

Demam, pening kepala, dan selsema.

Kerja banyak!

Hati tak tenang... tension!!!





Oh Tuhan, adakah ini semua kifarah dosa2ku yang lampau?

Labels: