Terima kasih!!
Terima kasih berbanyak2 pada kengkawan yang masih sudi datang bertandang ke blog aku. Walaupun posting aku tak sekerap dulu, korang rajin jugak datang tengok, terharu aku. Ternyata aku memang takde banyak masa terluang macam dulu... apa nak buat, korang sabo jelah ye! Sekarang baru terasa sedar betapa masa yang Tuhan beri tu amat berharga...
Biasa la kan, bila kelas dah start, banyak kerja kena buat... bila masuk rumah baru, banyak yang perlu difikirkan, buat langsir bilik, kemas rumah, susun buku, cangkul rumput depan rumah, basuh lantai, dan lain-lain... hmm macam-macam nak kena buat. Lagipun aku belum register masuk fixed line lagi, so susah nak online, minggu depan kut aku akan register masuk fixed line, insyaAllah boleh online kerap sikit.
Bebaru ni aku dipanggil pulak jadi parttime lecturer untuk budak-budak diploma pengurusan kat salah sebuah IPT milik kerajaan negeri, ngajar diorang subjek Fiqh Muamalat (Sistem Ekonomi Islam), kalu nak dikira, aku bukannya mahir dalam kursus ni, kelulusan aku pun bukannya concentrated in this field, tapi aku dapat tau, aku dipilih memandangkan aku pernah belajar beberapa subjek masa kat uni dulu yang related to the course, so aku terima jelah, sebab diorang dah pertanggungjawabkan pada aku...
Lagipun, mungkin ini sebagai medan untuk aku sharpen the skills sebelum menjadi lecturer betul-betul nanti selepas tamat belajar. Apa-apa pun, mesti buat yang terbaik!
Labels: Kerja