July 27, 2006

Abangku sayang

Anak2 aku

"Ayah, abang rindu la dengan ayah, bila ayah nak balik ni...??"

"Ayah, abang tidur dengan baju ayah aja. Ayah balik laaa..."

"Ayah, ni abang ni, ayah kat *** (tempat kerja aku) ka? Bila ayah nak balik?" (amboi lancar aje dia sebut ayat *** tu!)

"Ayah, abang kena marah dengan ummi, abang tingat kat ayaahhh... waaa waaa waaa" (lepas ngadu kat aku dia kena marah terus dia meraung! alahai sedeyyynya aku...)

"Abang tunggu ayah lama sangat, ayah tak balik balik pun?" (aduii..., sabar jela aku!)

Nota:
Ini adalah antara ayat2 anak sulung aku setiap kali aku telefon ke rumah. Setiap kali call, tak sempat nak cakap dgn si umminya, dia yang cakap dulu. Pastu adik pulak berebut nak pegang phone. Adik tak cakap, tapi nak dengar suara aku aja. Pastu dua-dua orang bergaduh. Last2 ummi amik phone, ummi yg cakap pulak...

To IV: comment awak kat shoutbox tu yg buatkan saya tulis entry ni, tiba2 ja nak share with u and other readers pasal anak sulung saya tu, hmmm...)

Labels:

July 19, 2006

Tempat baru

Alhamdulillah semua berjalan mengikut perancangan.

Hidup baru di di tempat baru dah bermula. Kelas pun dah bermula, hari pertama terus mengajar. Suasana pun baik dan aman. Kawasan di sini mempunyai kualiti udara yg amat baik. Surplus of oxygen, sebab pokok banyak! Dalam perjalanan dari rumah bapa sedara ke tempat ngajar, sepanjang jalan diiringi kabus tebal, sampai kena buka lampu. Kawasan kelapa sawit katakan... Dua hari pertama berulang dari rumah bapa sedara, hari ketiga baru dapat berehat kat rumah tamu, sementara nak dapat rumah tetap nanti.

Mula2 ni biasalah, banyak perkara yg perlu diselesaikan. Hal tu hal ni, macam2 lah. Penat jugak la! Banyak urusan pada hari pertama datang, kelas pun dah bermula, pukul 4-6pm untuk hari pertama. Esoknya hari kedua ada tiga kelas, altogether 6 hours, penatt... Anyway semua tu adalah challenge untuk meningkatkan dayatahan diri sebenarnya, think positive...

Ni baru dapat tengok blog sendiri, dah berapa hari aku kat sini. Nanti bila dah dapat bilik sendiri, komputer sendiri boleh la update selalu, hehe... tapi of course selepas semua kerja selesai laa! Buat masa ni kalau nak guna komputer, kat bilik komputer staf la..

Dari tempat aku tinggal ni pun ada bas terus ke Alor Setar, so mudahlah aku berulang ke Kedah nanti. Ye la, anak isteri masih kat Kedah, teringat kat anak-anak dan anak mertua Tuhan saja yang tahu laa... bila call cakap dgn abang, dia kata "Ayah bila nak balik, abang rindu laa... Ayah balik la... abang tidur dgn baju ayah saja..." Alahai sedih la pulak aku dengar! Tapi hati mesti tabah dan kuat. Perjuangan masih belum selesai...

Oklah untuk kali ini, doakan aku agar semuanya dipermudahkan... thanks.

p/s: Bising sungguh kat sini apabila Siti dan Datuk K announce perkahwinan diorang. Siap ada live telecast tu! Seolah2 ia satu agenda negara yang amat penting pulak, kan? Pembentangan bajet negara pun live, persidangan UMNO pun live, World Cup pun live. Waa, dahsyat la Siti!

Labels: ,

July 3, 2006

Cerita datang KL lapor diri

Updated:
Kalau tak ada apa2 aral, insyaAllah aku bakal menjadi penghuni Pahang, di hantar ke sana untuk ngajar. Alhamdulillah, wpun bukan di kampus induk, tetapi aku terima dengan hati terbuka. Mungkin ada hikmahnya, insyaAllah. Moga Allah permudahkan urusan aku.

**************

Bertolak 6.15pm dari rumah, aku sayu tinggalkan isteri dan anak2. Abang nangis nak ikut, puas aku pujuk, ayah pegi lima hari, hujung minggu baru balik, nak ikut jugak. At last, aku kasi duit suruh simpan dlm tabung baru diam. Adik masa aku nak cium, dia lari, dah aku start keta baru mengamuk nak ikut. Ummi macam biasa, tabah dan sabar.

Perjalanan amik masa 7 jam dari A.Setar ke Wangsa Maju KL. 5 jam setengah driving + sejam setengah makan, sembahyang (kat R&R Sg. Perak) dan tidur (kat R&R Ulu Bernam, ngantuk gila. Drive sorang2 beb, mana larat! lepas pekena Nescafe panas baru sambung drive). Sampai W.Maju, tidur rumah member, kawan baik sejak belajar sek. men. sampai uni.

Pepagi tadi pukul 7.30 bertolak ke S.Alam. Ni yang aku paling meluat kat KL ni. Jem, jem, jem! perjalanan KL-S.Alam ambil masa 1 jam setengah, tension betul! Aku ikut MRR2 dan Kesas. Kat MRR2 la paling lembab! Letih kaki drive dari Kedah tak hilang lagi, makin letih drive dalam KL! Bila sampai, lapor diri, berjumpa dengan pegawai yg sepatutnya, dan selesaikan semua urusan.

Alhamdulillah, nampaknya macam ada berita baik. Nanti kalau dah confirm aku hebahkan. Allah Maha Kaya, dia tahu anak2 dan isteri amat memerlukan aku, dan aku tak boleh hidup tanpa mereka, jadi Dia dah tetapkan yang terbaik untuk kami. InsyaAllah, amin...

Labels:

Cerita bola yang sedih!

This is delayed entry

Dalam aku bergelut siapkan take-home exam dan paper project, sempat lagi tengok bola. England kalah, apa nak buat, :( . Sepak penalti sorang2 macam hampeh, macam baru belajar main bola. Main kat kelab best, mana skill masa main kat kelab tu?! Harap budak tu sorang ja dok pulun.

Apa2 pun, aku tak salahkan Rooney. Dia tertekan untuk perform. Akal pendek pulak, bila asyik kena bentes, kena rempuh, kena kepit kaki dgn pemain Portugal, marah la kawan. Portugal ni nak main, biar la main betul2, ingat taktik tu bagus ka untuk masa depan bolasepak? Tengok Germany, France main macam mana. Kalau Portugal menang Piala Dunia tahun ni, aku nak stop minat bola, sumpah!

Dah tu, clubmate pulak yang mencurah minyak. Aduii, tensen aku. Kalau ya pun Ronaldo, hang nak menang, pikir la sama Roo tu teammate hang, at least stay away from the incident. Let ref decides. Unless hang dah tak mau main kat MU, tau la Real nak offer hg main kat sana pun. Since both are the most precious talent MU currently has, Sir Alex has to do something to mend the rift between them, or else MU's gonna pay the price.

Ref pun bangang, ada ka kad merah? Tak patut langsug! Merah sebab apa? Tolak Ron? Pijak betis? Come on la ref! Dont add another excuse to an already long list of it. Peminat2 bola makin kurang respek pada ref, in fact, they are the main culprit in this year World Cup that marred an otherwise beautiful display of the game. Sakit hati betul aku kat ref malam tu.

Dan bagi aku sebab paling utama kekalahan England World Cup kali ini adalah coach. The whole campaign is a failure, and it's him to blame! He is the culprit, he is the engineer of the England downfall. Dah aku malah komen lagi dah, buang karan aja!

Prediction:
Teams to Final: Germany vs France, winner: Germany.

Labels: