Macam-macam
On exam:
Term paper dah submit. Sekarang nak prepare untuk final paper, Math. Exam Rabu depan. Adui, sakit kepala daa...
On life:
Tahniah untuk isteriku kerana telah secara rasminya bergelar guru terlatih dengan menerima Diploma Pendidikan KPLI pada 27 April lalu. Beliau antara pelajar cemerlang dalam kursusnya. Bangga! Gambar-gambar tunggu aku upload ke fotopages aku. Gambar convo tak banyak sangat sebab majlis tamat tengahari, panas terik. Sian anak2 aku basah peluh macam baru lepas mandi.
On EPL:
Tak sabar menanti esok 29 April. Walaupun aku masih dalam suasana exam, tapi demi MU, esok aku akan tercongok depan tv selama 2 jam. Chelsea vs MU, mana boleh miss beb! (Dell, Ron, korang jaga2 ok!).
On books & reading:
Aku baru beli The Da Vinci Code, kemaruk gila nak start baca, tapi wife aku dah kasi warning, kalau dia nampak aku baca karya hebat Dan Brown tu dalam minggu exam ni, dia nak sembunyi buku tu. Baca buku nak periksa dulu, habih exam baru ngadap buku tu. Tapi aku curi-curi baca jugak waktu dalam jamban. Hehe, mana boleh tahan beb! Sapa yang dah baca tahu la why I cant resist to start reading it asap!
On others:
Dah beli karya terbaru Mawi; Doa, Berzanji, dan Qasidah Berlagu. Aku puji usaha murni Mawi hidupkan kembali amalan berzanji dan marhaban. Amalan ni hidup kukuh dalam diri orang2 dulu, tapi orang sekarang aku tak tau la. Entah budak2 muda sekarang tahu ke tidak berzanji marhaban ni.
Teringat aku masa sekolah rendah dulu, masuk pertandingan marhaban sampai peringkat daerah. Dulu malam-malam ayah aku bawak ke rumah ustaz kat kampung belajar berzanji. Dulu masa kenduri kahwin kat kampung aku, dekat time makan diorang buat tahlil then followed by barzanji dan marhaban. Kenduri aku dulu pun ada marhaban. Tapi kenduri kahwin zaman sekarang ada lagu Seroja dengan Gadis Melayu...