July 27, 2005

Hmm....

Kan aku dah cakap, makin tragik kes ni... Teng*ku Maha*leel dah out, lepas ni sape pulak yang akan terima nasib yang sama kan? Kasihan Tengku, beliau cuma menyuarakan rasa tidak puas hati semata-mata nak membantu Proto*n.

Ye la, cuba kau bayangkan, entah macamana satu company kereta tu mudah-mudah aje diberi lesen untuk ciplak jenama import dan taruk jenama kereta Malaysia. Takde strong R&D, takde angin apa-apa, tup-tup nak lancar jenama baru kereta Malaysia yang sebijik macam kereta import, cuma tukar nama saja. Dah tu harga pun lebih murah dari kereta asal yang diimport tu.

Ala aku rasa korang tau company mana, tak payah cakap la. Owner company tu salah seorang yang dubbed as "AP Kings" baru-baru ni... sapa yang ikuti kes ni tahu la.

Well, aku maleh cakap panjang isu panas camni, kang kena ISA pulak... hehe!

Labels:

July 15, 2005

Ayah dah boleh jalan-jalan

Ayah dah semakin sihat. Dah boleh jalan perlahan-lahan. Hari tu masa pegi jumpa doktor, doktor cakap pernafasan ayah dah semakin baik, luka-luka di belakang ayah dah kering. Cuma kaki ayah yang bengkak-bengkak, dan doktor nasihatkan ayah supaya cuba berjalan perlahan-perlahan di sekeliling rumah. Doktor cakap ia bengkak sebab lama ayah tak menggerakkan/menggunakan kaki sejak tak sedar accident dulu.

Ayah aku makin suka la bila doktor cakap macam tu. Dua tiga hari sebelum pegi jumpa doktor pun ayah dah cuba bangun nak jalan. Dia kata bosan sebab asyik dok terperuk kat kerusi roda saja. Ayah aku bukan jenis orang yang tahu duduk diam. Accident baru ni adalah kali pertama ayah terlantar di katil dalam tempoh yang agak lama. Sebelum ni dia tak pernah atau jarang sakit-sakit yang menyebabkan dia terperap di katil dengan lama. Kekadang demam sikit-sikit tu tak menjadi penghalang dia menjalankan rutin hariannya; pegi ke bendang, hantar dan ambil adik aku sekolah atau pun minum teh di kedai.

Kemarin aku balik ke rumah ayah, aku tengok ayah menyambut aku di muka pintu. Wahh, ayah dah boleh berjalan sendiri! Sebelum ni nak jalan kena berpimpin jugak. Kekadang mak aku atau adik yang membantu, tapi kemarin dah boleh berjalan sendiri. Seronoknya aku tengok. Mak aku kata bukan setakat dalam rumah ajer, dia dah keliling rumah dah pun, ayah aku senyum ja... Alhamdulillah, syukur banyak2 pada Tuhan.

Labels:

July 13, 2005

Baru masuk phone umah

Tepon umah aku baru masuk dua tiga hari lepas. Rupa2nya kat kawasan taman perumahan aku ni dah penuh talian telefon. According to Telekom staff yang aku jumpa masa submit borang permohonan aku hari tu, kalu aku still nak guna telefon fixed line, kena tunggu somebody from my areas stop his subscription first, then only they will be able to connect mine. Aku cakap jenuh tunggu la camtu. The staff then offered me to use CDMA phone, which is a wayarless phone, but it is still similar to a fixed line, only no physical connection is made, rather it's using antenna.

Bila sampai je orang pasang phone tu kat umah, aku tanya camna pulak nak connect ke internet, dia cakap dia pun tak tahu, ada setting nyer sendiri... Dah terpaksa pulak aku ke kedai Telekom tu lagi, dan diorang kasi aku buku panduan. Susah payah aku configure menda alah tu, cari cable lagi, last2 boleh jugak aku connect ke internet, yeahooooo!!! Boleh start tulis blog balik, takyah aku pegi cybercafe lagi! (errr... aku memang malas pegi cc pun!!)

Selamat kembali ke alam blog untuk aku.... insyaAllah ada kut masa untuk aku menulis (merapu) dan menjenguk blog member2 nanti! Caucincau...

Labels:

July 3, 2005

Ayah oh ayah...

17hb Jun ayah aku accident dilanggar kereta di depan rumah, dan setelah dr diagnosed, he had fractured his ribs, 5 sebelah kanan dan 8 sebelah kiri and kedua2 bahu, and he's having breathing difficulties. Dr decided to intubate him (make him unconscious and let him breathe using machine). If nothing is done, akan kurang oksigen ke otak and he may end up collapsed with brain damage.

So ayah aku unconscious selama 10 hari, dibantu dengan mesin pernafasan, termasuk 7 hari di dalam ICU kerana dr dapat detect ada collection of blood (not blood clot) next to his both lungs, and dr have inserted two tubes at both rusuk untuk keluarkan darah tersebut. The dr said nothing can be done pada fractured ribs tu, tak leh disimen seperti tulang tangan or kaki yang patah. So dr kata ayah aku kena rest banyak, sebab ribs tu akan pulih sendiri, cuma amik masa sikit.

Kalu lihatkan keadaan ayah aku masa tu memang kitorang adik beradik dah set our mind to accept his fate if this is his last time with us. Kitorang even dah buat baca Yasin 3 malam berturut2 minta Allah mudahkan segala urusan ayah aku, kalu sampai masa pun mudahkan dia kembali kepadaNya, kalu nak sihat pun mudahkan dia.

Selepas 10 hari unconscious, ayah aku sedar kembali namun bernafas masih tak sebaik masa sihat, namun ada peningkatan banyak kalu dibandingkan dengan keadaannya selepas accident. Cakap memang merapu macam2 sebab kesan bius yang masih ada pada ayah aku.

Dua minggu kitorang sekeluarga berkampung di hospital, kebetulan minggu ayah aku accident tu last week aku ngajar, so ada banyak masa kosong aku boleh temankan ayah kat hospital. Aku mark final exam papers budak2 aku pun kat hospital jugak.

Jumaat hari tu ayah aku dah dibenarkan pulang, namun mesti datang balik ke hospital after one week untuk jumpa dr, nak tengok progress.

2 minggu ayah di hospital adalah hari2 yang cukup berkesan di hati kami adik beradik dan hikmah di sebalik apa yang terjadi itu cukup kami fahami... Ayah sudah tua, sudah 50 tahun dia membanting tulang bekerja nak sara anak2, sekarang masa anak2 pulak sara ayah dan bagi masa pada ayah, sekarang masa untuk ayah rehat...

Labels: