February 25, 2005

Macam-macam ada

Cerita I
Ada seorang mamat ni datang audition AF1 dulu, tak berjaya. "Minta maaf, awak tidak terpilih."

Dia datang lagi untuk audition AF2, "Awak dah datang kan hari tu untuk AF1 punya audition? Hmm, awak gagal lagi kali ini, minta maaf." (Dalam hati: awak tak boleh nyanyi!)

Yang AF3 ni pun dia datang lagi, gagal jugak. "Apasal awak datang lagi, awak memang tak boleh nyanyi..." (kali ini bukan dalam hati lagi)

p/s: Ish, mamat ni betul-betul nak jadi artis. Takde ke sapa-sapa nak kasi dia buat album?


Cerita II
Seorang pakcik datang untuk audition AF3.

"Err pakcik, audition AF ni untuk peserta yang berumur antara 18-25 tahun sahaja. Umur 47 tak layak. Minta maaf ye pakcik."

"Saya datang untuk audition pengetua AF, bukan pelajar!"

p/s: macam-macam adaaa...

Labels:

February 21, 2005

Quadruple?

Dah terlepas satu, tinggal tiga lagi. Tiga? Boleh ke?

Tapi manager dia memang belagak betul laa...

Labels:

February 17, 2005

Sala Classic Seafood Restaurant!

Best malam tadi dapat jumpa-jumpa dan makan-makan dengan Mak Andeh, Matjan, Purbe dan Cikgu Midad kat Sala Classic Seafood Restaurant. Hopefully bila-bila boleh kita jumpa lagi dan makan lagi. Timakasih juga pada MA sebab call, kalu MA tak call maknanya tak ade le gathering malam tadi.

Sori pasal kitorang nampak macam rushing to get back home, actually my wife dok teringatkan anak kecik tinggal kat umah, kena balik cepat untuk breastfeed baby and perah susu untuk stok besok. Baby kecik memang fully breastfed, malam-malam my wife akan perah susu untuk bekalan dia masa dijaga babysitter waktu siang.

Anyway, it's nice meeting you all. Seronok dengar MA bercerita. Betul kata Matjan, MA memang pandai bercerita dalam dan luar blog!

P/s: Err, betulkan teori yang kata orang yang pernah kena denggi memang badannya tak naik? Atau kes aku je begitu? Kenapa Matjan pun badan macam aku je? Dia kena denggi jugak ke? lupa aku nak tanya malam tadi...

Labels:

February 15, 2005

Pening kufahami dirimu!

Aku pening mengira heterokedasticity-robust estimates dan jenuh membetulkan serial correlation dalam residuals.

Aku penat mencari apa sebabnya golongan physiocrats begitu menentang mercantilists, dan pelik mengapakah Wealth of Nations cukup penting kepada ekonomis dunia.

Malah aku tidak pantas menduga apakah kesan reaction curve, price discrimination, dan stackelberg model dalam menangani isu-isu ekonomi oligopoli.

Begitu juga sepanjang hari menyelesaikan maksud teori permintaan modal, serta cuba menghadamkan maksud Tobin-q model, dan kesan cukai kredit kepada peningkatan pelaburan.

Sudahhh... lupakan saja semua itu.

Itu hanyalah gangguan-gangguan yang sama sekali tidak ada kena mengena dengan ganggan teksual yang Tok Rimau usahakan tu, tetapi masih bisa membuatkan hidup anda tidak tenang dan senang...

Itu hanyalah puing-puing debu jerami yang banyak dibakar musim sekarang ni di Kedah yang bisa mengkelabukan mata, jantung, bumbung rumah dan kereta anda....

Sudah, sudah, pergi kau dari sini, aku tidak ingin lagi melihat lubang hidungmu tak tidak indah itu... perrgii!!!!

p/s: Sebenarnya aku pening dalam mengabiskan assignment yang bertimbun, senak dalam mengira hari-hari semakin dekatnya final exam, dan nak muntah melihat banyaknya yang aku belum revise... sori ye!! :)

Labels:

February 3, 2005

Punya la susah!

"Mai ayah bagi makan naa, ok? sedap nii..."

"Tamau la ayah tamau laaa..." Aku tangkap tangan dia dan baringkan dia atas riba aku. "Bukannya banyak, sikit saja, ok?"

"Jangan ayah jangannn!!!"

"Ayah kaki ayah... waaaa, waaaa, kaki ayah pit..." jeritnya sambil tunjuk kakinya yang aku sepit dengan kaki aku, bunyi macam dah menangis tapi takde air mata pun.

"Sat saja bukan lama, meh ayah bagi makan, bukak mulut cepat!" dia tutup rapat mulutnya dengan kedua-dua tangan.

"Nanti sat tangan diaa, mana tangan dia niie..." "Ayah tangaaannn, tangan pit ayah..." jeritnya lagi.

"Bukak mulut dia, ayah nak bukak mulut dia..."

Mulutnya dikebam rapat. Aku picit dua belah pipi dia sampai agak terbuka sedikit mulut dia, terus tekan syringe sedikit "Minum sikit-sikit, telan dulu..."

"Waaaa waaaa waaaa..."

"Haa, macam tu laaa! ok nak abih dah ni, telan dulu yang tu..."

"Waaa waaa waaaa..."

"Dah, dah tinggal sikit aje, ok ok dah abis dah, telan cepat...!"

"Waaaa waaaa waaaa..."

"Haa macam tu laa..." Bila dah abis aku pun longgarkan kaki aku yang mengepit kaki dan tangannya, dia pun terus bangun berdiri...

"Makan ubat ka ayah?"

"Aikk tanya pulak! Ayah nak bagi cepat baik, abang kan batuk malam-malam. Sapa batuk?"

"abang!"

"Sedap dak ubaat?"

"Ceedap!"

Dia pun terus berlari ke depan sambung main. Punya la susah nak bagi makan ubat! Selalunya ummi dia akan tolong pegang kaki dan tangan, aku picit mulut dan kasi makan ubat, hari ni terpaksa buat semua tu sorang sebab wife lambat balik dari Maktab, ada hal pulak.

Hmm....

Labels:

February 1, 2005

Tiga tahun bersama

Esok ulangtahun ketiga aku menjadi suami, ulangtahun ketiga dia menjadi isteri, ulangtahun ketiga kami hidup bersama. Moga kekal selamanya hingga ke syurga hendaknya.

Tarikh keramat 02.02.2002 pasti kekal di hati. Tarikh itu menjadi saksi ikatan kasih sayang kami berdua. Bunga cinta yang kembang mewangi moga kan terus segar mekar dan mengharum di taman hati...

Labels: