January 29, 2005

Anak jantan katakan!

Malam-malam selalunya abang akan mula mengantuk bila pukul 8.30 atau 9 malam, dan dah jadi rutin aku buat susu dan temankan dia tidur. Bila dia dah tidur baru la aku bangun solat Isyak dan tengok tv, atau habiskan assignment. Selagi dia tak tidur, alamatnya aku tak boleh buat apa ler, asyik melayan dia aja...

Dulu sebelum baby ada, kitorang berdua yang melayan kerenah abang, tapi sekarang ni wife sibuk dengan baby, dan sejak-sejak ada adik ni aku nampak si abang makin "merap" pulak dengan aku... (merap ni bahasa Kedah, maknanya makin manja dan nak perhatian lebih) Maklumlah, ummi dia dah kena bagi perhatian kat baby katakan...

Malam tadi tiba-tiba abang datang pada aku sambil tunjuk kaki kiri dia, "Ayah kaki cakitt..." Ada bengkak kena gigit, mula-mula aku ingat kena gigit nyamuk, namun bengkak tu agak keras, tak tahu la menatang apa dah gigit kaki anak aku nih. "Tu la, pi mana tadi, kena apa ni? meh sini ayah boh bam rimau." "Cakit ayah, cakiitt..." Aku cepat-cepat pujuk dia dan sapu bam harimau kat tempat kena gigit tu. Lepas tu buat susu dan terus bawak dia tidur.

Baru minggu lepas dia jatuh dari dari handrest sofa, dia naik dengan kakak sepupunya, kononnya dok tunggang motor la, entah macamana tersembam jatuh ke lantai sampai berdarah bibir, menangis macam nak runtuh rumah.

Aku yang baru muncul di muka pintu menerpa laju ke arahnya, terus dukung bawak ke sinki, basuh bibir dia yang tak berhenti-henti keluar darah. Selepas dah bersih dan darah pun makin kurang, baru nampak yang bibir dia luka, mungkin terkena gigi semasa tersembam tu. Aku sapu minyak gamat pada lukanya, dan sapu kat dahi juga sebab dahi pun dah benjol.

"Diam-diam, dah jangan nangis lagi, good boy don't?" "Aiii... (cry)" jawab abang sambil menangis... (Ayat good boy don't cry tu wife aku ajarkan dia bila nak pujuk dia) Wife aku yang muka pucat lesi belum hilang terkejut lagi pun peluk dan pujuk dia. Aku beredar pi buat susu, lepas tu terus bawak dia tidur.

Dasar anak lelaki, lelaki jugak. Baru terlepas pandang sekejap, ada sahaja yang jadi... hmmm!!

Labels:

January 24, 2005

Cerita Raya Haji

Hari raya haji tahun ini aku rasa lebih meriah berbanding Hari raya haji di tahun-tahun yang lepas. Firstly because I don't have to go through all sorts of problem during balik kampong trip to celeberate hari raya because I am already at kampong. I don't have to endure traffic jam while on the roads, no toll to pay and no packing need to be done.

And this year hari raya was a memorable one because this is the first time I do korban, or precisely akikah for my two kids. Kitorang adik beradik agreed to do korban this hari raya and we bought seekor lembu and shared the cost, divided into 7 bahagian (kat Kedah ni diorang panggil tumpuk), and each tumpuk costs us RM320. Abang aku takes two tumpuk untuk arwah mak dan mak mertua dia, so does kak aku, and myself two for akikah of my two kids. Another one taken by jiran kitorang,

Pepagi lagi aku dah sampai ke rumah ayah aku untuk sembahyang raya kat surau sebelah rumah. Wife and kids still kat rumah fil, susah sikit nak bawak anak-anak aku lagipun wife aku tak larat nak tengokkan abang yang pastinya sibuk ke sana ke mari mengalahkan orang nak buat korban. "Tunggu abang call bila semua selesai, ok!" Aku pesan suruh wife dan fil's family semua datang hanya setelah selesai lapah dan masak.

Eversince lembu tu dibawa simpan belakang di rumah untuk korban i.e four days before raya, ayah aku tak lena tidur. Lembu baru keluar dari Lubuk Merbau, kampong hulu di timur Kedah dekat sempadan sana, bukannya jenis lembu yang jinak. Pantang nampak orang lalu dekat asyik melompat nak tanduk atau tendang. Ayah aku beli tali ikat di tengkuk selain yang sedia ada di hidung, takut-takut nanti terputus atau terlonggar ikatan dan lari pulak lembu tu nanti...

Right after khutbah raya, kitorang sama-sama tumbangkan lembu diiringi dengan takbir raya. It didn't take us long to bring the lembu down, as if he already knew his fate and simply berserah aje. Ohh, this is the first time i am directly involved dalam upacara korban dari mula sampai selesai membahagi-bahagikan daging korban kepada ahli keluarga, sedara-mara dan jiran-jiran yang datang tolong lapah daging. Seronok aku rasa... InsyaAllah nanti di tahun-tahun hadapan aku teringin nak buat korban lagi kalu ada rezeki.

Belum terlambat lagi untuk aku ucap Selamat hari raya korban untuk semua... Selamat Hari Raya Korban!

Labels:

January 18, 2005

Buah hati ayah dan ummi

Penawar hati penyejuk mata, pengikat kasih sayang kami berdua...

Untuk lihat gambar-gambar semasa majlis cukur rambut baby dan sambutan birthday abangnya, klik sini.

Labels: ,

January 13, 2005

Gangguan, tapi bukan teksual.

Gangguan bekalan elektrik dilaporkan terjadi di Lembah Klang tengahari ini. Takkan kisah negara bergelap dalam tahun 1996 akan berulang kut?

Agaknya janakuasa mogok sebab harga minyak naik, tariff elektrik tak naik-naik! Hari tu masa harga minyak naik, ada ura-ura TNB nak naikkan tariff, tup-tup menteri komen against the tariff hike, terus diam je lepas tu.

Ataupun sebab janakuasa utama kat Lembah Klang dah tinggal satu tiang je, yang lain dah habis kena kebas dek pencuri besi... maklumlah harga besi buruk (baru pun ada orang beli) dah naik sekarang ni.

p/s: Balik umah lepas exam hari tu, lepas maghrib terus qadha tidur. Isyak pukul berapa pagi ntah tak ingat. Nasib baik anak aku pun mau tidur jugak.

Labels:

January 11, 2005

Baru terasa

Anak kecik aku taknak tidur. Aku tak tahu pasal apa, puas aku hinggut, ayak, goncang dan bawak jalan-jalan dalam rumah nak bagi mengantuk dan tidur, tak mau jugak. Esok aku ada midterm exam. Belum abis revise lagi. Kepala aku dah berat, mata aku dah separuh terbuka. Cadangnya aku nak tidur awal malam ni, dan bangun pukul 4 pagi esoknya nak baca buku. Tapi, pukul 1 pagi aku belum tidur, anak aku masih celik...

Isteri aku tidur awal, esok nak bertolak ke maktabnya di Perlis untuk memulakan hari pertama kelas, ada assembly pukul 7.30 pagi, dan perjalanan dari Jitra ke Perlis ambil masa selama 40 minit. Esok pagi-pagi dia akan bangun 5.45 pagi, nak perah susu, nak taruk minyak kat perut dan pakai bengkung lagi...

Sabar-sabar... akhirnya anak aku terlelap pukul 2.30 pagi lebih. Aku kuatkan semangat, ambil wudhu, solat, dan buat revision sampai pukul 5 pagi. Alhamdulillah boleh la abiskan topik yang akan keluar dalam exam. Tidur sekejap dan bangun semula pukul 6.30pagi, isteri dah siap nak keluar rumah. Anak-anak masih di alam mimpi. Kasihan mereka...

Baru terasa sukarnya nak jadi suami, student dan ayah dalam satu masa...

Labels: