November 29, 2006

Hohohooo Manyoo powerr!!

Dah lama aku tak komen pasal bola nih!

Hohoo, team kesayangan aku memang ganas ini tahun. Tengok, tadak RvN pun goal mencanak2 datang, goal scored highest in the league, apa nak cakap lagi!. Saha, Roo, Ron, Giggs, Scholesy, carrick, Vidic, Rio, Evra, all are hitting top form, Gary plak memang sentiasa mantap sebagai kapten, pehtu Gabby pun back on form selepas injured dulu. Ole dan Park yg injured dah resume training, cuma nak tunggu Smudger to regain his fitness je. Kalu semua ok balik, plus a couple of reinforcements in midfield and striker with hagreaves and bent, or defoe perhaps, absolutely we have a greater chance to be the champion this season, and surely will give chelsea a run for their money.

Read more!

-----------------

Labels:

November 21, 2006

Kembali bersama

Alhamdulillah, perjalanan ke Kedah-KL-Pahang selamat. Anak2 pun ceria, tak buat perangai sangat.

Isteri dan anak2 dah bersama aku di pahang. So, untuk sebulan akan datang, tak perlu la aku berulang ke kedah.

Dan, aku takleh menulis panjang2 daaa, esok masuk lagi satu paper to mark, a layoff from blogging is to be expected, though not too long... cau!

Labels: ,

November 13, 2006

Potong

Aku: Apahal lambatnya keta depan ni? Berchenta dalam keta ka?

Isteri: Potong je bang!

Aku: Nak potong la ni, keta banyak plak datang.

after a while...

Isteri: Keta depan dah takdak, cepat potong bang!

Aku: okes! terus tekan minyak.

Tiba2 keta yg slow tadi jadi laju. Tak sempat aku nak potong terpaksa masuk lane kiri balik, lane kanan ada keta datang.

Aku: Ceh, takdak sivik betul la! Dah orang nak potong laju pulak dia!!! Tadi slow!!

Dalam hati: ni satu lagi perangai lembu!

Labels:

November 7, 2006

Berdua lebih baik

Lihat awan di sana
berarak mengikutiku
pasti dia pun tahu...

Ingin aku lewati
lembah hidup yg tak indah
namun harus kujalani...

Berdua denganmu
pasti lebih baik
aku yakin itu...

Bila sendiri
hati bagai langit
berselimut kabus...

p/s: hantu indon tak abis2 lagi dok kacau aku. Dulu melly dgn once&dewa aja, pehtu radja, peterpan, samsons, ni dtg budak2 my heart plak! Aduh!!

Labels: ,

November 2, 2006

Cerita si adik

Semalam wife call aku, cita pasal adik buat ummi sebab ummi marah dia. Ada la ummi larang dia buat apa ntah, takut jatuh ke macam mana taktau, terus adik buat ummi. Ummi pun nak ajar tak baik buat ummi, tampar tangan dia dan letak dia kat luar bilik, masa tu ummi dan abang kat dalam bilik. Ummi cita dia dengar si adik nangis kat luar tu sambil panggil ayah2..

Masa dok tiyak tu ummi call aku, sian plak aku dengar. Last2 diam sendiri, masa ummi keluar bilik nak tengok dia, terus cakap "mmeei, nak su!" Dia lapar susu dah, ummi pun pi buat susu dulu. Adik dok tengok ummi pegang phone asyik panggil "Ayah, ayah, ayah!" punya la lancar sebutan. Adui, lemah jantung aku teringat anak2...

Lepas minum susu tu adik cakap dgn aku over the phone, ummi ajar dia cakap, "ayah balik," dia kata "ayaah beyik," pastu aku pun dok pesan jangan buat ummi, jangan gaduh dgn abang, dia kata "hmm, hmm," aja, paham la kut apa aku kata. Masa nak stop tu, wish la ILU IMU dgn wife, adik pun ikut kata "aiyuu, aiyuu," ohh!! how sweet, tergelak aku dgn wife. Huhu, aku miss anak akuuu....

AdikAdik memang ada angin sikit, suka melawan, cengil dgn abang, dgn ummi dan ayah pun kadang2 kalau kami marah dia melawan. Nak tumbuk la, nak sepak la, cakar tu toksah kira la. Kalau time menangis tu, tak laku sekupang pun nak pujuk. Kalau dia marah ayah, maka ayah kena duk jauh2, ummi aja yg boleh pujuk, tu pun lepas dia berguling2 sambil angkat tangan kaki nak happp (tampar) ayah. Macam tu jugak la kalau marah kat ummi dia. Anak bertuah, kecik2 takpa la, ayah dan ummi boleh tahan, besar esok ayah akan guna teknik lain plak nak ajar.

sejak2 dekat nak cuti raya hari tu dia kerap menangis malam, merengek, meraung, macam meracau2 camtu. Mata terpejam, mulut bunyi, mamai tak mamai, berguling2 nak lari dari aku atau ummi kalau kami nak pegang pujuk. Kadang2 aku angkat dia pi basuh muka, baca selawat, ayat Qursi, pastu dia ok, diam.

Ada jugak kadang tu pun tak makan saman. Sampai terpaksa biar dia diam sendiri ja. Risau jugak aku dan wife. Kawan2 kat sekolah dgn ummi siap bagi air zamzam, air musaffa, sapu muka malam2 sambil baca selawat sebelum bagi dia tidur. Entahlah, aku dan ummi doa aja mintak jgn la ada apa2 pada anak aku tu.

Lagi satu orang kata kalau nak lembutkan anak degil, baca surah Taha 4-5 ayat yg awal tu sambil usap2 kepala dia. Dulu2 aku rajin amal pada abang, maybe masa adik ni aku jarang buat sebab tu perangai dia camtu. Kena amal balik lepas ni. Wife pulak selalu kata sindrom anak kedua ni, ada angin sikit. Apa2 la, janji besaq esok tak ketegar cakap orang tua sudah...

Labels: