October 30, 2006

Cerita raya...

Raya aku bermula sejak malam akhir ramadhan lagi.

Malam raya kitorang berkumpul ramai2 di rumah ayah di A.Hitam. Family abang, kakak dan aku sendiri datang bertandang, adik-adik aku yg duduk asrama, yg kerja jauh2 semua dah balik ke rumah. Anak sedara pun ramai memeriahkan keadaan. Makan memang toksah cerita la, sedap hingga menjilat jari sampai anak kecik aku yg nangis kepedasan sebab dia banyak sangat cicah sos cili pun aku buat dekk aje. Last2 dia cari ummi dia kasi minum air. Baru lega pedas. Maklum la, aku ni agak kebulur sepanjang bulan puasa ni sebab bukak posa tiap2 hari dengan nasi tapau aja, air pun kekadang air sejuk.

Lepas solat isyak di surau sebelah rumah, jemaah pakat bertakbir raya. Selesai 4-5 round, diorang dijamu makan dengan ketupat dan kari daging mak aku yg memang sapa2 pun takleh celen kesedapannya di kampung aku tu, muahaa... Tapi serius cakap, memang sedap. Tak caya datang la rumah aku tahun depan, sure korang nak mintak resepi. MIL aku pun asyik suruh wife aku belajar, tp biasa la kitorang balik rumah pun sekejap2 mana sempat nak belajar...

Pagi hari raya aku sembahyang raya di Jitra, rumah isteri. Aku pegi sendiri sebab my FIL akan ke surau dekat rumah (surau biasa dikunjunginya sejak entah bila, dan memang tiap2 tahun pun di situ). Aku bukan tak mahu ke sana, tp lebih suka ke masjid, lebih ramai orang, dan masa takbir, terasa sayu sangat. Masjid tu memang sengaja melambatkan sembahyang sunat kerana takbir kat situ lama sikit.

Sebelum sembahyang ada sesi briefing dari pak Imam, pasal cara2 nak solat hari raya, pastu terus dengan bentang kira2 akaun masjid, berapa duit masuk, sapa beri sumbangan, belanja apa sepanjang tahun yang lalu. Pak imam kata dia buat begitu kerana mengambil kesempatan ramai orang datang. Tapi semua orang mendengar dan menunggu dengan penuh taat. Aku tak nampak pulak orang mengeluh pasal ia mengambil masa yang lama.

Lepas solat Pak Imam berkhutbah, pun semua ahli jemaah masih tetap menunggu dan mendengar dengan penuh minat sehingga tamat. Ada la dua-tiga orang budak2 muda yang bangun terus lepas habis sembahyang, maybe depa tu mat2 rempit yang tak sabar2 nak memulakan aksi merempit mereka di pagi raya. Selesai khutbah pukul berapa korang tahu? pukul 10.30 pagi. Aku rasa masjid tu la paling lambat habis sembahyang raya di Jitra ni.

Bagi aku, sepatutnya begitu la, sembahyang hari raya puasa ni sunat dilambatkan, pagi2 hari raya puasa umat Islam disunatkan makan dulu, dapat juga diperbanyakkan bertakbir sebelum sembahyang raya, lagipun selepas sembahyang dah takleh takbir lagi. Dan orang2 yang masih belum sempat bayar fitrah pun dapat berbuat demikian.

Lepas sembahyang, aku beraya di rumah mertua aku, kami makan2, family abg ipar dan mak sedara yang dari KL pun ada. Oh ya, tema baju kitorang tahun ni ala2 raja gitu, kaler gold. Itu aku kena ucap banyak2 timakasih kat wife, dia punya idea sampai dapat cari baju yg sama kaler, sedondon betul. Ramai jugak adik beradik yg ingat kitorang tempah baju. Wah, bangga jadi raja sekejap! muahaaa syok sendiri plak aku ni...

Tengahari aku, isteri dan anak2 baru balik ke A.Hitam. On the way, singgah rumah makcik, wife aku dah gian nak pekena nasi himpit kuah kacang makcik aku yang bagi dia paling sedap di dunia. Aku tak minat sangat nasi himpit nih. Tahun lepas kitorang pegi ziarah lambat, so dah habis juadah tu. Tahun ni wife taknak lepas peluang, so rumah makcik jadi rumah pertama kami ziarah.

Then gerak ke rumah ayah, ramai yg dah ada. Lepas makan2, rombongan adik beradik kitorang; abang, kakak, family diorang dan adik2 aku serta aku sefamily mula berziarah. Pegi rumah makngah, kakchaq, singgah kubur arwah mak, then rumah maknjang, paklang, sampai petang dah. Balik ke Jitra, singgah rumah abang ipar, makan mee sanggul plak... makan sungguh aku hari ni macam tak ingat dunia. 6 buah rumah hari raya pertama, selesai.

Raya kedua, ziarah keluarga sebelah isteri aku, rumah wa, rumah paklong tengok tokteh yang semakin uzur, kemudian rumah member aku orang Kajang, tahun ni raya pertama dia selepas kawin, tp bini ajak raya di Kedah rumah bini dia, mesti bini dah pulas telinga tu ajak raya Kedah, hahaha... Pastu ke rumah chu, then balik rumah FIL. Ayah mak aku datang berziarah besannya, tokndak dan keluarganya pun ada. Petang raya kedua, balik ke kampung wife, Sg. Baru, jumpa toknjang, then pegi rumah mak aku di Mergong, pastu rumah abang di Alor setar. Dah petang, terus balik K. Nerang. Penat wooo... hari kedua, 7 buah rumah selesai.

Hari raya ketiga, mula berziarah dengan kawan2 wife, Kak fizah, then kak apanama ntah, then ke rumah GB sekolah wife. Pastu gerak ke Alor setar ada open house member baik aku. Ramai kengkawan lama yg datang, ada yang dah ada isteri dan anak2, ada yg bujang, ada yg baru nak kawin... ada kawan2 yg bini orang jauh, depa tak dapat datang sebab tak beraya di kedah tahun ni. Depa semua kena kutuk ngan kitorang, takut bini pulas telinga la tu kalu mintak raya di kedah tahun ni.. haha best jugak bila jumpa geng lama ni.

Lepas tu pi rumah member seUIA plak, then balik ke Jitra, ziarah rumah pensyarah aku di Bukit Indah. Singgah rumah FIL sekejap, then balik ke K.Nerang, singgah rumah PK sekolah wifw wpun dah malam. Hari raya ketiga, 6 buah rumah selesai.

Peghhh beraya sakan aku tahun ni. Tapi takpa, kan ziarah2 menziarahi tu amalan mulia, kan kan kan...

Itulah cerita raya aku, aku tatau orang lain camna, tp aku rasa tahun ni raya aku agak meriah. Anak2 pun dah besar, keletah dan kerenah macam2... terhibur sepanjang dalam perjalanan. Tengok si adik dah ler, mentang2 baru nak bercakap, macam2 gaya dibuatnya. Syukur sangat pada Allah dikurniakan anak2 comel dan isteri yang memahami.




p/s: Malam tadi aku dapat berita wife kena pi kursus di Langkawi hari khamis sampai sabtu ni. Dah pening kepala anak2 aku nak letak mana?? Aku pulak dok jauh. Aku insist suruh wife mintak tukar orang lain, tp dia kata tak tahu boleh ke tak, huhu... sian anak2 aku. Aku dah le jauh, kena jaga exam sabtu plak ni, memang takleh nak balik kedah la... hmm....

Allhumma yassir wala tu'assir watammim bilkhair...aminn.

Labels:

October 18, 2006

Salam Eidulfitri

Salam Eidulfitri untuk semua pembaca, maaf Zahir Batin.



p/s: Dekat2 nak cuti raya ni, aku sibuk pulak dgn marking quizzes, assignments sebab nak prepare carry marks. Sabo jela...

Labels:

October 4, 2006

Lupa

Amik kettle, taruk air paip, then letak kat placer, tekan suis elektrik, on. Aku masak air daa.

"Jom brader, beli juadah berbuka..."

Member dgn aku pun keluar ke pasar ramadhan, beli makanan berbuka.

Nasi putih, ikan tongkol sumbat, dan kuih pulut udang. Hari ini aku beli satu jenis kuih aja. Semalam aku beli dua jenis, popia goreng pedas dan karipap, tak abis makan pun. Tak baik kan membazir.

Air?

Aku jarang beli air sebenarnya. Aku selalunya minum milo 3-in-1 kat rumah. Itu pasal la aku masak air tadi.

Balik rumah, hidang makanan. Amik air, tuang dalam cawan, tuang Milo 3-in-1...

Milo masih bertimbun kat permukaan air.

???

"Aikk, apsal milo ni lambat tenggelam semacam aje..."

Rendam hujung jari, air sejuk gedi!

"Loh, aku tak switch on button kat kettle tu." Tepuk dahi...

Allahuakbar Allaaahuakbar!!

Amik kurma, berbuka.

Air? air mineral je la. Milo tadi, dah tuang dalam sinki. Takkan nak minum jugak? Sakit perut kang!

Air dalam kettle baru nak mendidih...

Huhu... makan semut banyak ke aku ni ha?

Labels: